Tuesday 29 November 2011

TEMPOYAK MASAK

Bile da kt pilah ni mule la selera makan aku jd naik hantu. Sume benda nak tibai x kire pagi tghari malam dan tgh malam. Agak2 brape kali sehari aku makan en? Skrang da kt umah sewa aku da mule rindu masakan mama aku iaitu tempoyak masak. Serius sedap tempoyak masak ni even aku bole ajar korang camne nak buat. Ini bukan gulai tempoyak ye penonton2 tp tempoyak masak (gaya seorang chef).hehehe


Bahan-bahan :

1. Bawang besar
2. Ikan bilis segenggam
3. Tempoyak (sukat ikot sukati makbapak korang)
4. Cili kering yang telah dikisar
5. Gula dan garam


Cara-cara memasak :


  1. Sediakan kuali dan letak atas tempat dapur tuh (jangan bukak api lg)
  2. Hiris bawang kemudian campurkan bawang bersama ikan bilis, tempoyak dan cili kisar ke dalam kuali tersebut kemudian letak sedikit air.
  3. Bubuh gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Bukak api dan goreng campuran tempoyak sehingga berkilat dan pekat.
  5. Akhir sekali ape lagi sediakan atas pinggan dan tibai la dgn nasi 8 pinggan. Kalo ada ulam2 seperti petai lagi terbaik!


Tadaa ni dia tempoyak masak  :D


Kalo rajin tuan/puan bole mencuba masak masakan ni kt umah ye. Kalo rasa xde kuah nak makan dgn nasi, makan dgn tempoyak ni pun bole. Ianya sangat mudah dan hasilnye sgt sedap sehingga korang rasa xnk berhenti makan. Selamat mencuba! (nada seorang chef lagi)

P/S : Saje nk berkongsi ilmu di dada  :D

Sunday 13 November 2011

benar atau rekaan semata mata?

Walaupun cerita ini dah lama berlalu, tapi masih segar dalam kotak ingatanku. *wah ayat skema


Aidilfitri yang lepas, sedang aku asyik usha opah aku masak dekat dapur bersama mamaku, dan makcik2ku, aku terdengar suara riuh rendah. Eh jap btol ke ayat aku? Riuh rendah tu mmg ade ke? Maklum lah, SPM aku dulu, BM tak berapa nak A. Tapi cemerlang, gemilang dan terbilang jugaklah result aku. Kalau tak, mustahil aku dapat jejakkan kakiku ke menara gading. *ayat belagak tu abaikan.

Berbalik kepada cerita aku tadi, sedang aku usha masakan opah tu, dgn perot yg bergendang ala music techno, tetibe kecoh dkt halaman rumah opah aku dgn bunyi pom pam pom pam. Macam ade sesuatu berlaku. Aku sebagai lelaki yang sejati, yang harus lindungi keluargaku sedare maraku, aku harus bertindak sesuatu dgn mengetahui apakah yg sedang berlaku. *aku tau ayat aku poyo. tapi ade aku kesah?

Aku pon berlari dengan pantas, eh tak tak, berlari ala2 hero hindustan, tapi macho tu aku still maintain kan. huahuahua. Bile aku tengok luar rumah opah aku tu, aku tgk takde ape yang pelik pon, cuma ramai budak sedang berlari keanak-anakan berkejar kejaran sesama mereka sambil bermain bunga api. Eh aku mula berasakan pelik, *skema lagi*. Tetiba!

Kadabomm! Pommm! Kedebabo!

err bunyi memang agak pelik.
 tapi itulah yang aku dengar.

Oh rupanya ade budak main mercum meriam buluh. Pheww semangat. Melompat2 aku terkejut masa bunyi meletop kali kedua tu. Opah aku pon rilek je tak terkejut macam aku. Aku pon rase mcm tak boleh jadi ni, nak kene marah budak2 tu. Aku pon pegi lah dekat tempat bebudak tu main. Bile aku sampai je, aku ingat nak tros sound, tp tgk dorang tgh keseronokan, mcm tak sampai hati pulak. Aku ni ade naluri kebapaan jugak sebenarnya. *booooooooooo   -_-

Aku pon dok bertenggek dekat pokok usha bebudak tu main. "Ate syok pulak teman tengok depa main". Aku pon rase macam nak join, aku pon jerit lah dr bawah pokok tu, "Adik, abg nak join main boleh tak?" Tapi takde sape pon layan ape aku cakap. Semua buat bodo je. Eh eh budak ni, kemain belagak buat2 tak dgr plak. Aku jerit lagi sekali, "Dik, abg nak join main boleh tak?" Pastu baru aku nampak ade sorg ni macam respon cket, tapi mata dia macam melilau dekat kawasan situ, mcm tak nampak kewujudan aku. Tetibe dia ckp dkt kawan dia "Weh kau ade dgr suara org jerit tak td?" Kawan dia ckp "Aku dengar, tapi kau tengoklah sekeliling kita ni, mane ade sesape, tu aku buat bodo je, kang kalau layan, seram gila!"


Apaaaaaaaaaaaaaa??!! Bebudak tu tak nampak aku, woah melampau! Kang ini makan dia! grr. Aku tersangat bengang ketika tu *skema*. Lalu aku balik masuk rumah opah dengan mencari satu 'barang'. Bebudak tu memang nak kene! Tak lama lepas tu aku datang dgn 'barang' tu, dan teros datang dekat je dgn bebudak tu. Teros dorang terkejut dan agak ketakutan. Nak tau barang apa? Torchlight je pon.hue hue hue. Dorang ketakutan tu pon sbb aku btol2 suluh dekat muka aku. Huahuahua baru dorang tau skrg langit tu tinggi ke rendah. Sekarang, takde alasan dorang tak nampak aku. Bebudak tu pon dah mntk maap kat aku, dorang ckp "Maaflah abang, abang duk bwh pokok tu tadi, kami tak nampak lah, abg tu dah la..." Aku pon teros tny "Dah la ape??!" bebudak tu cakap "Eh takde ape2,hehe jomlah main skrg bang"

Ha macam tu lah ceritanya, aku pon masih tak paham kenapa dorang boleh tak nampak aku. Oh mungkin aku pakai baju warna hitam time tu, pastu duk bawah pokok, tu yang tak nampak kot. Eh yeke?

Ahh janji aku puas main mercun meriam malam tu. Huahuahua! Sekian cerita drpd aku. Kbye.


p/s : Cerita ini benar atau rekaan? Korang rase? :D